
SIJIL PENGAJAR VOKESIONAL (VTO)
MEMANTAPKAN TENAGA PENGAJAR
OBJEKTIF KURSUS :
Program latihan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan kriteria menjadi PP/PPD iaitu :
“Memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK”
SYARAT KEMASUKAN:
a) Warganegara Malaysia berumur antara 20 – 35 tahun
b) Lulus SPM atau SVM dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 dan ke atas).
c) Memiliki salah satu daripada kelayakan berikut:
d) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM); atau
e)Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); atau
f) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
g)Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat. fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
h)Lulus Sesi Temuduga yang dijalankan.
RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN
Menggunapakai NOSS Vocational Training Operation (I-031-3:2014) sebagai garis panduan asas.
Pelaksanaan kursus adalah 3 ½ bulan teori (Methodology) di CIAST dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta (ILKA/S).
Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).