top of page
Electrician

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA SKM

SIJIL SKM: Services
Image by Alev Takil

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON SKM

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

 Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)

Image by Helloquence

PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf

Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.


2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)

Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan).

Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK

Image by chandler denise

MANAFAAT PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia

  •  Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

  •  Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

sijil-skm-ppk-01.jpg

JENIS SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA SKM

Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :

  •  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1

  •  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2

  •  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

  •  Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4

  •  Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Subscribe Form

Thanks for submitting!

019-6257619

LOT 3272 JALAN TENGKU MA'SOM 15200 KOTA BHARU KELANTAN

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

©2019 by LUXYL ACADEMY. Proudly created with Wix.com

bottom of page